Monday, May 10, 2010

UMNO - 64 TAHUN


Friday, May 7, 2010

UMNO PERAK MENGORAK LANGKAH


Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak mengorak langkah dengan mengadakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan UMNO Negeri Perak Darul Ridzuan yang dijadualkan pada 8 Mei 2010. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli sekaligus serta meningkatkan semangat juang warga UMNO khususnya.
TAHNIAH UMNO PERAK

PERASMIAN SERENTAK
PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO
CAWANGAN-CAWANGAN UMNO NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
TARIKH : SABTU, 8 MEI 2010
MASA : 8 PAGI
TEMPAT : STADIUM INDERA MULIA
DIRASMIKAN OLEH :Y.B DATO' SERI DR AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
( Naib Presiden UMNO Malaysia )

Sunday, April 18, 2010

TERKINI!!! DR HALILI... ISYTIHAR KELUAR PKR!

Sumber terkini: Parpukari

KAKI BOTOL DAN KAKI JUDI... PUJAAN DAN PILHAN PKR

Arak:Zaid mengaku tapi dakwa itu ‘masa muda dulu' dan enggan bersumpah

April 19, 2010 : 08.34 AM Oleh: ROSLI ISMAIL

Kata orang on record dakwaan hangat yang mengatakan Datuk Zaid Ibrahim adalah peminum arak bukan satu cerita dongeng. Jika sebelum ini ia menjadi bualan antara ya ke tidak kini satu dunia sudah dengar calon PKR kawasan Hulu Selangor ini mendakwa beliau sudah insaf. Dalam ertikata lain beliau mengakui itu adalah kisah benar.
Ahad para wartawan memburunya di Hulu Selangor kerana isu mendakwa beliau peminum arak tegar semakin memuncak. Ini lebih-lebih lagi dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang semacam menilai keislaman orang di Kota Bharu yang pernah terima Zaid sebagai Ahli Parlimen pada tahun 2004 lebih konservatif dari orang Islam di Hulu Selangor. Ia dikatakan telah menguris hati kalangan orang Islam di Hulu Selangor kerana seolah mereka lebih liberal dan boleh terima siapa saja calon pilihanraya yang keperibadiannya dipersoalkan. Zaid yang ditemui Kerling mengakui apa yang didakwa itu adalah semasa ‘ beliau muda dulu’. Katanya beliau bukan malaikat dan ada kelemahan. “Saya sudah perjelaskan sebelum ini, saya bukan malaikat dan ada kelemahan semasa saya muda dahulu,”ujarnya. Zaid bagaimanapun enggan menjawab semasa ditanya bila sebenarnya beliau berhenti minum. “Itu tak usahlah kita bercerita. Itu cerita lama yang tak perlu diungkitkan lagi. Beliau juga enggan bersumpah untuk membersihkan namanya dari dakwaan itu.
Apa nak sumpah-sumpahnya suruh lah orang-orang yang minum arak dalam UMNO itu bersumpah dahulu. Sumpah adalah urusan saya dengan Tuhan, tak perlu tunjuk kepada mereka,” katanya “Saya sudah minta maaf dengan Allah s.w.t dan saya mintak maaf dengan rakyat Selangor. Zaid mendakwa sekalipun ada kelemahan beliau mampu menjadi wakil rakyat yang baik. - Agenda Daily

PENUTUP KURSUS PEMUDA WIRA BANGSA DI AYER TAWAR












Monday, December 28, 2009

Bengkel Media Baru

Sempena Konvensen UMNO Perak pada 9hb Jan 2010 di Bukit merah , Lake Town nanti , satu bengkel untuk Sekretariat Media Baru akan diadakan. Pengerusi Media Baru UMNO Perak YBM Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Hj Omar telah mengarahkan kepada Sekreteriat UMB Pemuda Negeri supaya mendapatkan penyertaan oleh semua Pemuda UMNO bahagian di Negeri Perak . Bengkel yang dijadualkan berlangsung selama 4 jam akan turut dihadiri oleh para blogger dari seluruh negeri Perak dan juga seluruh tanah air .